Wednesday 15 April 2026, 02:30pm - 04:30pm
Hits : 14
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
UNDANGAN KE JBPU WEBINAR SIRI 5/2026 : MENEROKA DEKAD-DEKAD HUBUNGAN ANTARA AMERIKA SYARIKAT DENGAN MALAYSIA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa & Pengajian Umum (JBPU), Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP akan menganjurkan Program Webinar bertajuk Meneroka Hubungan antara Amerika Syarikat dengan Malaysia secara dalam talian seperti berikut:
Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)
Masa : 2.30-4.30 petang
Panel : Dr. Noorilham Ismail
Pensyarah Kanan
Jabatan Sejarah,
Fakulti sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Moderator : En. Ahmad Hifzurrahman Ridzuan
Pensyarah (Bahasa inggeris)
Jabatan Bahasa & Pengajian Umum
Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP
3. Sehubungan dengan itu YBhg. Dato’/Datuk/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah diundang untuk mengikuti program seperti yang telah dijadualkan. Kehadiran dalam program tersebut akan dikira sebagai mata CPD (HRMv3) dan e-sijil juga disediakan.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan diucapkan terima kasih.
Sekian,
Yang Menjalankan Tugas
AJK Hebahan Webinar 2026